Category Archives: SKBL2113

Analisis Makna Kata

 Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9).
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..
Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).
Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh maknan terhadap masyarakat.
Dalam Bahasa Jawa, terdapat beberapa leksikal yang sama dengan Bahasa Melayu namun mempunyai makna yang berbeza. Jadual di bawah menujukkan analisis hasil kajian.
semantik 2
1). Perkataan lahir dalam Bahasa Jawa membawa maksud zahir dalam Bahasa Melayu Standard sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard, lahir membawa maksud lahir ke dunia dari perut ibu.
2). Perkataan awak dalam Bahasa Jawa membawa maksud tubuh badan dalam Bahasa Melayu Standard sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard, awak membawa maksud kata ganti nama diri kedua.
3). Perkataan ketul dalam Bahasa Jawa membawa maksud tumpul dalam Bahasa Melayu Standard sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard, perkataan ketul tersebut merupakan penjodoh bilangan bagi.
4). Perkataan padang dalam Bahasa Jawa membawa maksud terang dalam Bahasa Melayu Standard sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard, perkataan padang membawa maksud tempat untuk bermain sama ada bermain bola dan lain-lain permainan.
5). Perkataan tulang dalam Bahasa Jawa membawa maksud suap dalam Bahasa Melayu Standard sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard, perkataan tulang tersebut membawa maksud tulang yang ada dalam manusia atau haiwan.
6). Perkataan tinggi dalam Bahasa Jawa membawa maksud pijat dalam Bahasa Melayu Standard sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard, perkataan tinggi tersebut membawa maksud kata adjektif .
7). Perkataan jangan dalam Bahasa Jawa membawa maksud pijat dalam Bahasa Melayu Standard sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard, perkataan jangan merupakan satu kata larangan.
8). Perkataan awan dalam Bahasa Jawa membawa maksud siang dalam Bahasa Melayu Standard sedangkan dalam bahawa Melayu Standard, perkataan awan membawa maksud benda yang terdapat di langit.
9). Perkataan gelar dalam Bahasa Jawa membawa maksud bentang dalam Bahasa Melayu Standard sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard Standard, perkataan gelar membawa maksud panggilan atau gelaran kepada seseorang.
10). Perkataan jambak dalam Bahasa Jawa membawa maksud tarik rambut dalam Bahasa Melayu Standard sedangkan dalam Bahasa Melayu Standard, perkataan jambak tersebut membawa maksud penjodoh bilangan bagi bunga.
Kesimpulan.
Secara kesimpulannya, didapati bahawa walaupun leksikal dalam bahasa Jawa dan bahasa Melayu standard terdapat banyak perbezaan, namun masih terdapat beberapa perkataan yang sama dengan bahasa Melayu dari segi bentuknya, tetapi berbeza dari segi makna kata tersebut.

Pragmatik

Para pakar pragmatik mendefinisikan istilah ini secara berbeza-beza. Yule (1996: 3), misalnya, menyebutkan empat definisi pragmatik, yaitu (1) bidang yang mengkaji makna pembicara; (2) bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya; (3) bidang yang, melebihi kajian tentang makna yang diujarkan, mengkaji makna yang dikomunikasikan atau terkomunikasikan oleh pembicara; dan (4) bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial yang membatasi partisipan yang terlibat dalam percakapan tertentu.

Thomas (1995: 2) menyebut dua kecenderungan dalam pragmatik terbagi menjadi dua bagian, pertama, dengan menggunakan sudut pandang sosial, menghubungkan pragmatik dengan makna pembicara (speaker meaning); dan kedua, dengan menggunakan sudut pandang kognitif, menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran (utterance interpretation). Selanjutnya Thomas (1995: 22), dengan mengandaikan bahawa pemaknaan merupakan proses dinamis yang melibatkan negosiasi antara pembicara dan pendengar serta antara konteks ujaran (fisik, sosial, dan linguistik) dan makna potensial yang mungkin dari sebuah ujaran ujaran, mendefinisikan pragmatik sebagai bidang yang mengkaji makna dalam interaksi (meaning in interaction).

Leech (1983: 6 (dalam Gunarwan 2004: 2)) melihat pragmatik sebagai bidang kajian dalam linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik. Keterkaitan ini ia sebut semantisisme, yaitu melihat pragmatik sebagai bagian dari semantik; pragmatisisme, yaitu melihat semantik sebagai bagian dari pragmatik; dan komplementarisme, atau melihat semantik dan pragmatik sebagai dua bidang yang saling melengkapi.

Dalam kajian ini, pengkaji telah meneliti aspek pragmatik dengan memberi perhatian terhadap penggunaan kata ganti nama diri. Rumusan di bawah menghuraikan analisis penggunaan kata ganti nama dalam Bahasa Jawa berdasarkan kajian yang telah dibuat.

1). Penggunaan kata ganti nama diri pertama ‘aku’.

JAWA

Berdasarkan contoh dalam jadual di atas, pengkaji mendapati bahawa penggunaan kata ganti nama diri pertama ‘aku’ digunakan dalam situasi atau konteks tidak rasmi sama ada bercakap dengan rakan sebaya atau ibu bapa.

1). Kata ganti nama diri pertama ‘aku’ dalam ayat 1, 2, dan 3 digunakan apabila bercakap dengan ibu bapa.

2). Kata ganti nama diri pertama ‘aku’ dalam ayat 4 digunakan apabila bercakap dengan rakan sebaya.

2). Penggunaan kata ganti nama diri pertama ‘saya’.

Dalam Bahasa Jawa, dilihat bahawa kata ganti nama diri pertama ‘saya’ digunakan dalam situasi formal atau bercakap dengan orang yang mempunyai pangkat dan kedudukan yang lebih tinggi. Berdasarkan kajian ini, penggunaan kata ganti nama diri ‘saya’ digunakan apabila responden bercakap dengan pensyarahnya.

1). Kalau dr tak keberatan, habis kelas petang ni, saya ingatkan nak datang ke bilik dr. sekejap.

3). Penggunaan kata ganti nama diri kedua ‘kue’.

Dalam Bahasa Jawa, kata ganti nama diri kedua yang bermakna ‘kau’ digunakan semasa dalam urusan tidak rasmi sama ada bercakap dengan rakan sebaya, teman rapat atau ibu bapa sendiri. Hasil kajian ditunjukkan dalam contoh di bawah.

pragmatik

Berdasarkan contoh yang telah diberikan di atas, pengkaji dapat mengenal pasti bahawa kata ganti nama diri kedua ‘kue’ yang membawa maksud ‘awak’, ‘kau’ atau ‘kamu’ digunakan dalam percakapan tidak rasmi.

1. Kata ganti nama diri ‘kue’ dalam ayat 1 merupakan kata ganti nama diri yang ditujukan kepada pengkaji.

2. Kata ganti nama diri ‘kue’ dalam ayat 2 dan 3 merupakan kata ganti nama diri yang ditujukan kepada ibu dan bapa responden.

3. Kata ganti nama diri ‘kue’ dalam ayat 4 dan 5 merupakan kata ganti nama diri yang ditujukan kepada rakan responden.

4). Lakuan Bahasa Tidak Langsung ( Indirect Speech Act ).

Menurut John R. Searle (1998), perkara yang paling mudah untuk memahami sesuatu ujaran ialah dengan memahami secara literal tentang apa yang diperkatakan oleh penutur yang menuturkan sesuatu ujaran tersebut. Namun begitu, dalam beberapa situasi, seseorang penutur yang bercadang dan berniat untuk menyatakan sesuatu disebalik ujaran yang diujarkan memerlukan pendengar ujaran tersebut mengiktiraf niat sebenar yang ingin disampaikan oleh penutur. Selain itu, lakuan bahasa tidak langsung merupakan lakuan bahasa yang mempunyai bentuk linguistik yang berbeza dengan makna sebenar yang ingin dimaksudkan oleh seseorang penutur tersebut.

Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa lakuan bahasa tidak langsung dalam temubual yang telah dibuat dengan respoden. Jadual di bawah menunjukkan analisis hasil kajian.

lakuan bahasa

Dalam jadual di atas, dapat dilihat bahawa ayat tersebut merupakan ayat tanya atau merupakan suatu pertanyaan. Namun begitu, maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penutur merupakan suatu permintaan. Oleh hal yang sedemikian, ujaran ini merupakan suatu lakuan bahasa tidak langsung kerana bentuk linguistik dan makna disebaliknya tidak sama atau setara.

Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, didapati bahawa terdapat perbezaan penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa Jawa dan bahasa Melayu Standard. Perbezaan tersebut ialah:

1). Penggunaan kata ganti nama diri ‘aku’ dalam bahasa Jawa turut digunakan semasa bercakap dengan ibu bapa. Hal ini berbeza dengan bahasa Melayu standard kerana pengunaan kata panggilan ‘aku’ semasa berinteraksi dengan ibu bapa dalam bahasa Melayu standard dianggap tidak sopan.

2). Penggunaan kata ganti nama diri kedua ‘kue’ yang bermaksud ‘kau’ atau ‘kamu’ ata awak juga digunakan dalam semua situasi tidak formal dalam bahasa Jawa tanpa mengira peringkat umur dan status sedangkan dalam bahasa Melayu standard, terdapat pelbagai kata panggilan yang digunakan bagi memanggil atau menyapa orang yang lebih tua atau berpangkat.

Analisis Pembentukan Ayat

Jika ditinjau asal-usul perkataan sintaksis, kata ini berasal daripada perkataanYunani, iaitu sun yang bererti ´dengan´ dan tattein yang bererti ´menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat´. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda, dan synta dalam bahasa inggeris. Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al,1993:317). Bagi Abdullah Hassan(1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitubegaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

Kajian dalam aspek sintaksis atau pembentukan ayat ini lebih menitikberatkan mengenai tatabahasa, iaitu melihat kepada aspek frasa nama, frasa kerja, pembentukan ayat sama ada ayat pasif atau aktif, ayat tunggal atau majmuk, dan sebagainya. Oleh hal yang sedemikian, dalam Bahasa Jawa, saya telah ,mengesan beberapa aspek tatabahasa dalam Bahasa Jawa ini.

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa jenis ayat dalam Bahasa Jawa. Analisis di bawah menunjukkan jenisjenis ayat dalam Bahasa Jawa yang terdapat hasil temubual dengan responden.

1. Ayat penyata.
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
3. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.

ayat penyata

2.  Ayat aktif.
1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada subjek.
2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

ayat aktif 1

2. Ayat tanya.
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2.Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
3. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.

ayat tanya

Antara aspek tatabahasa dalam Bahasa Jawa ialah:

1. Lebih banyak menggunakan ayat majmuk.

Contohnya: Lek arep cerito tentang kampungku ki,okeh..koyo kampong-kampong lain, setiap kampong ki,due keistimewaanne masing-masing, tapi, kue kn arep reti tentang kampungku, lek kue arep reti, kampungku ki, dowo,okeh omah-omah ea.

Terjemahan: Nak cerita tentang kampung aku ni,banyak, macam kampung-kampung lain, setipa kampung ni ada keistimewaanya masing-masing, tapi kan kamu nak tahu tentang kampungku, macam yamg kamu nak tahu, kampungku ni, panjang, banyak rumah-rumahnya.

Pembentukan Kata

Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: (i) bentuk kata tunggal, (ii) bentuk kata terbitan, (iii) bentuk kata majmuk, dan (iv) bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang  yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Manakala  Abdullah Hassan  juga menyatakan definisi  morfologi dalambuku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi  satu cabang daripada ilmu linguistik  yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi  adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

 Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun  2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu  Leonard Bloomfield  dalam bukunyaLanguage yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.

Bagi mengkaji mengenai aspek kata dan pembentukan kata, pengkaji telah mengaplikasikan sebuah perisian komputer bagi menganalisis kekerapan kata yang terdapat transkripsi dalam hasil temu bual dengan responden. Perisian komputer yang digunakan ialah perisian Antconc. Perisian ini dapat membantu ahli linguistik terutamanya bagi mendapatkan data dengan berbantukan perisian Antconc. Perisian ini boleh berfungsi bag mendapatkan kekerapan kata, menganalisis makna berdasarkan ayat yang digunakan, dan sebagainya. Di bawah ini menunjukkan analisis kekerapan kata berdasarkan temubual yang telah dijalankan keoada responden.

antcont

Berdasarkan gambar di atas, dapat dilihat kekerapan kata yang terdapat hasil daripada kajian yang telah dilakukan dengan membuat temu bual dengan responden yang merupakan penutur natif bahasa bahasa Jawa.

analisis antconc

Selain itu, terdapat banyak perbezaan perkataan yang dapat dikenal pasti dalam Bahasa Jawa dan Bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam golongan kata tersebut terutamanya golongan kata kerja dan kata nama. Analisis hasil kajian dapat dilihat dalam jadual di bawah.

Kata Nama

kata nama

Kata Kerja

kata nama bj

Selain itu, dalam Bahasa Jawa, dilihat kata ganda penuh lebih banyak digunakan berbanding kata ganda berima, separa dan sebagainya. Jadual di bawah menunjukkan analisis hasil kajian.

Penggandaan Penuh

penggandaan penuh

Aspek Pengguguran Kata

pengguguran

Contoh ayat :
1) marut-marut kelopo = memarut-marut kelapa
2) Isuk akad pulak, manten ne dinikahne.= Ahad esoknya, pengantinnya dinikahnya
3) Eneng seng milih arek nikah neng mejid = ada yang memilih hendak bernikah di masjid.

Aspek Penambahan Kata

penambahan

Penukaran Kod

1). Yang shopping ke, mangan-mangan ke.

Perkataan shopping dalam ayat di atas merupakan perkataan dalam Bahasa Inggeris yang digunakan dalam dalam Bahasa Jawa. Oleh itu, ia dinamakan sebagai penukaran kod.

2). “ Assalamualaikum dr. petang ni dr. free tak?

Perkataan ‘free’ dalam ayat di atas merupakan perkataan dalam Bahasa Inggeris yang digunakan dalam Bahasa Jawa. Jadi, ia dinamakan sebagai penukaran kod.

3). Kalo lecturer ye ora kenek omong-omong sing kasar-kasar.

Perkataan ‘lecturer’ dalam ayat di atas merupakan perkataan dalam Bahasa Inggeris yang digunakan dalam Bahasa Jawa. Oleh itu, ia dinamakan sebagai penukaran kod.

Sinonim

Sinonim merupakan perkataan yang mempunyai makna yang sama. Dalam Bahasa Jawa, terdapat beberapa perkataan yang mempunyai makna yang sama. Analisis hasil kajian dihuraikan dalam contoh di bawah.

sinonim

Berdasarkan data di atas, dapat dilihat bahawa terdapat tiga perkataan dalam Bahasa Jawa yang membawa satu makna yang sama.

Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, berdasarkan hasil dapatan kajian, didapati bahawa terdapat banyak perbezaan dari segi leksikal antara bahasa Jawa dan bahasa Melayu standard. Perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahasa Jawa secara jelas meperlihatkan perbezaan dengan perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu standard. Selain itu, terdapat juga aspek pengguguran dan penambahan imbuhan dalam bahasa Jawa berbanding dengan bahasa Melayu standard.

Analisis Sebutan Bahasa Jawa Batu Pahat, Johor

Definisi Fonetik dan Fonologi.

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).
Fonologi pula ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci. Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.

Rakaman Kajian.

Transkripsi Rakaman Kajian.

bm jawa

bm jawa2

bahasa jawa

Hasil Kajian.

fonetik 3

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa perbezaan sebutan atau bunyi bagi Bahasa Jawa dan Bahasa Melayu Standard. Analisis di bawah menunjukkan beberapa aspek perbezaan bunyi dalam kedua-dua bahasa ini.

1) Vokal [a] yang berada di suku kata terakhir dalam Bahasa Melayu dalam beberapa perkataan telah diganti dengan vokal [  ɔ] dalam Bahasa Jawa.

Contohnya : /mula/ menjadi /mulɔ/, dan /ʃurga/ menjadi /surgɔ/

2). Bunyi konsonan [ ʃ ] pada posisi onset suku kata pertama dalam Bahasa Melayu telah diganti dengan bunyi [ s ] dalam dalam Bahasa Jawa.

Contohnya : /ʃurgə/ menjadi /surgɔ/.

3). Menggantikan bunyi konsonan [ k ] pada posisi onset suku kata kedua kepada [ ŋ ].

Contohnya: /Makan/ menjadi / maŋan/

4). Menggugurkan bunyi konsonan [ b ] pada posisi koda suku kata pertama dan menggantikan vokal depan luas [ a ] menjadi vokal depan separuh luas [ ə ].

Contohnya : /sabtu/ menjadi /sətu/

5). Menggugurkan bunyi konsonan [ s ] yang terletak d posisi koda suku kata pertama dan menggantikan bunyi konsonan vokal depan luas [ a ] menjadi vokal depan separuh luas [ ə ] juga pada suku kata pertama.

Contohnya : /masʤid/ menjadi /meʤid/

6). Penggantian bunyi vokal tengah [ ə ] kepada vokal depan luas [ a ] dan penambahan bunyi hentian glotis [ ʔ ] di akhir suku kata kedua.

Contohnya : /pulə/ menjadi /pulaʔ/

7). Menggugurkan vokal belakang separuh sempit [ o ] pada suku kata pertama dan menggugurkan konsonan [ r ] dan vokal depan luas [ a ] pada posisi onset dan nukleus suku kata kedua dan digantikan dengan konsonan separuh vokal [ w ].

Contohnya: /oraŋ/ menjadi /woŋ/

8). Menggantikan konsonan [ r ] pada posisi onset suku kata pertama dengan konsonan [ ŋ ] dan menggantikan vokal belakang sempit [ u ] kepada vokal belakang separuh luas [ ɔ ].

Contohnya : /rumah/ menjadi /ŋɔmah/

9). Menggugurkan vokal depan luas [ a ] dan vokal depan sempit [ i ] pada posisi nukleus dan koda suku kata kedua dan digantikan dengan vokal depan separuh sempit [ e ].

Contohnya : /sampai/ menjadi /sampe/

10). Menggantikan konsonan [ h ] pada posisi onset suku kata pertama menjadi konsonan [ k ].

Contohnya : /ahad/ menjadi /akad/

11). Penggantian bunyi vokal belakang separuh sempit [ o ] menjadi vokal belakang separuh sempit [ u ] pada posisi nukleus suku kata pertama dan penggantian vokal tengah [ ə ] kepada vokal belakang separuh luas [ ɔ ] pada posisi nukleus suku kata kedua,

Contohnya : /dosə/ menjadi /dusɔ/

12). Pengantian bunyi konsonan [ k ] menjadi [ ŋ ] pada posisi onset suku kata kedua.

Contohnya: /makan/ menjadi / maŋan/

13). Menggantikan konsonan [ ʤ ] pada posisi onset suku kata pertama menjadi [ d ] dan vokal depan luas [ a ] menjadi vokal belakang separuh luas [ ɔ ] pada posisi nukleus suku kata pertama.

Cohntohnya : /ʤalan/ menjadi /dɔlan/

14). Penggantian bunyi konsonan[ ɲ ] pada posisi onset menjadi konsonan [ n ].

Contohnya : /ɲə / menjadi / nə /

Rumusan.

Berdasarkan data yang telah didapati berdasarkan temubual bersama responden, pengkaji mendapati bahawa sememangnya terdapat beberapa aspek perbezaan bunyi tidak mengira sama ada bunyi konsonan mahupun bunyi vokal dalam kedua-dua bahasa ini. Aspek perbezaan ini termasuklah aspek pengguguran, penambahan, dan penggantian bunyi.

Rakaman Audio

Terjemahan Rakaman Video

Keistimewaan tentang Kampung Tempat Tinggal Responden

Kau nak tahu tentang kampung aku ye? Nak cerita tentang kampungku ni, banyak, macam kampung-kampung lain, setiap kampung ni, ada keistimewaannya masing-masing. Tapi, kau kan nak tahu tentang kampungku, kalau kau nak tahu, kampung ku ni, panjang, banyak rumah-rumahnya. Adalah dalam seratus lebih macam tu. Tapi nye, walaupun orangnya ramai, senang diajak bincang-bincang, orangya semua ye muafakat, tidak bergaduh-gaduh. Hari Jumaat, sedara-mara semua sudah datang. Semua dah datang, tak duduk-duduk, ye mula kerja, memarut-marut kelapa, kopek kelapa, ada juga yang rebus telur, dan sebagainya. Pada hari sabtunya, kerja-kerja mula banyak. Ada yang kupas kupas bawang, di dapur, kupas kentang-kentang, basuh-basuh beras, memilih-milih bilis,.Dah sampai kau ye masak, sesudah masak, ada juga yang membungkus telur. Bungkus telur untuk berkhatan ke, orang jemputan yang datang. Ada juga orang-orang tua duduk, di luar, ye berbual-bual dengan tetamu. Majlis jemputan di kampung ku ini biasaya dua hari, sabtu dan ahad. Hari sabtu biasanya dah ada juga orang datang. Yelah, hari ahad kan ada persaingan. Orang yang buat kenduru kahwin kan banyak. Sabtu malam ahadnya, biasanya pengantin ada khataman quran dan berzanzi.. Ye ramai budak-budak perempuan datang. Ahad esoknya pula, pengantinnya dinikahkan. Ada yang memilih hendak bernikah di masjid, ada juga yang bernikah di rumah. Terpulang pada pengantin tersebut. Ayahnya pula sibuk sambut tetamu. Hari ahad biasanya sangat ramai orang datang. Semasa menjemput tetamu ye berbual-bual dengan orang yang datang. Orang-orang lelaki, orang-orang perempuan bungkus berkat. Ye ada yang bungkus jajan-jajan, kuih-kuih, bungkus gula dan lauk-lauk, bungkusan untuk orang jemputan yang datang.

Cara responden meminta maaf daripada ibu bapanya.

Kalau nak minta maaf dengan mak dan ayah ye?begini aku cakap..Mak, ayah, aku minta maaf ye, minta ampun banyak-banyak dengan kau. Yelah, aku ni banyak buat salah, buat dosa, dengan kau, minum makanku, aku minta halal dengan kau. Esok-esok, kalau aku dah mati, macam mana aku nak minta  maaf. Macam mana aku nak masuk syurga kalau banyak dosa dengan kau. Mak, pak, maafkan aku ye.

Cara responden mengajak rakannya keluar berjalan-jalan.

Kalau nak ajak kawan-kawan aku berjalan pula, biasanya aku cakap macam ni..Asmah, petang ini kau ada rancangan apa-apa tak? Nak jalan-jalan tak kau ye? Begini, aku ni bosanlah. Nak jalan-jalanlah. Membeli-belah ke, makan-makan ke. Kau ni, cuba la bawa kawan-kawanya ni. Mereka ni, jalan-jalan ye suka. Kan kau bawa kerata ke sini. Asyik-asyik belajar saja. Sesekali berjalan-jalan ye tak apa-apa.

Cara bercakap dengan pensyarah.

Kalau nak cakap dengan pensyarah pula, patut-patutlah. Cakapnye ye perlahan, sopan, elok-elok. Dengan pensyarah ye tak boleh cakap kasar-kasar. Biasanya kalau dengan pensyarah ni, aku cakap begini…Assalamulaikum dr. Petang ni dr free tak? Saya ada perkara nak bincang dengan dr tentang tugasan yang dr. bagi minggu lepas tu. Kalau dr tidak keberatan, habis kelas petang ni, saya ingatkan nak datang ke bilk dr sekejap. Harap dr. tidak keberatan.

Transkripsi Rakaman Audio

Keistimewaan tentang kampung tempat tinggal responden.

Kue arek reti tentang kampungku yo? Lek arep cerito tentang kampungku ki,okeh.Koyo kampong-kampong lain, setiap kampong ki,due keistimewaanne masing-masing, tapi, kue kan arep reti tentang kampungku, lek kue arep reti, kampungku ki, dowo, okeh omah-omah ea. Enenglah, seratus lebih koyo ngono. Tapi ne, walaupun wong ne okeh, kenek diajak uduran, kenek diajak bincang-bincang, wong ne kabeh yo muafakat, lek nek lek arep kue roh, jajal yang gon wong mantu neng kampungku,neh, penak alek kue arep muafakate, lek teko dino jemuah, dulur-dulur ea kabeh wes teko, olek teko, ora dorong-dorongan, yo mulo kerjo, marut-marut kelopo, ngoncet ea kelopo, eneng jugak seng arep goi jadah ke,kue eneng neh, seng godok ndok, nebun telat. Teko dino setu neh, kerjo-kerjo mulo akeh. Kue eneng seng ngonco ea berambang, neng dapur, konco ea kentang-kentang, mbasuh-mbasuh beras, milih-milih bilis, wes sampe kue yo masak, lek wes masak ngko eneng jugak seng buntelin ndok. Buntelin ndok seng berkhatan ko, wong jemputan seng teko. Eneng jugak ko wong tuek-tuek dorongan, neng jobo, ye mapak-mapak neng dayoh. Lek jemputan biasane neng kampong ku ki rong dino, setu karo akad. Dino setu biasane wes eneng jugak wong teko. Yolah, dino akad, ko kan eneng kebarongan. Wong mantu kan rame. Setu bengi akad kaie, biasane mantin eneng khataman quran karo berjanjian. Yo rame bocah-bocah wedok-wedok kampong metu. Yang wong mantu kui eneng nekoni majlis qoran kue mang. Isuk akad pulak, manten ne dinikahne. Eneng seng milih arek nikah neng mejid, eneng jugak seng nikah neng ngomah. Ye melok mantin kui. Pak ea pulak sibok mapak ne dayoh. Dino akad, biasane ruame wong teko. Karo mapak ne dayoh kui ko yo karo bual-bual karo wong-wong seng teko. Wong-wong lanang, wong-wong wedok neng buri bunteli berkat. Yo eneng seng bunteli jajan-jajan, kueh-kueh, bunteli segor karo lauk-lauk, buntelan wong jemputan seng teko.

Cara responden meminta maaf daripada ibu bapanya.

Lek arek jalok ngapura karo mak ea karo pak ea yo? Ngene ak lek ngomong. “Mak, pak, aku jalok ngapuro yo, jalok ampung seng oakeh-akeh karo kue. Yolah, lek-lek aku ki akeh ngaye salah, ngaye dusa karo kue, ngombe panganku, aku jalok halal karo kue. Sesok, lek aku wes mati, piye maneh ak arek jalok ngapuro. Piye aku arek melebu yang surgo lek okeh duso ne karo kue. Mak, pak, ngapuro ne aku yo.

Cara responden mengajak rakannya keluar berjalan-jalan.

Lek arek ngajak konco-konco ku dolanan pulak, besane ak ngomong koyok ngini. “Asmah, sore iki kue due rancangan opo-opo ndak? Arek nyandi-nyandi dak kue yo? Ngene sat tenan ne, aku ki koyo boring men lah…budo arek melaku-melaku lah..yo yang dolan-dolan lah, nyandi-nyandi lah. Yang shoping ke, mangan-mangan ke. Kue iki lo, jajal to digowo konco-konco ne ki. Dewe ki, melaku-melaku dolonan kan suk..kan kue duen kereto neng kene..amen-amen kok belajar waie..sesekali dolanan yo ora opo-opo kan”.

Cara responden bercakap dengan pensyarahnya.

Lek arek ngomong karo lecturer pulak, patot-patotlah. Omong ea ye seng selo, seng sopan, apik-apik. Kalo lecturer ye ora kenek omong-omong sing kasar-kasar. Biasane lek karo lecturer ki aku ngomong kayak ngene. “ Assalamualaikum dr. petang ni dr. free tak?saya ada benda la nak bincang dengan dr. pasal tugasan yang dr. bagi minggu lepas tu. Kalau dr tak keberatan, habis kelas petang ni, saya ingatkan nak datang ke bilik dr. sekejap. Harap dr. tak keberatan la.

Item Soalan

1). Item soalan responden.

1. Nama.

2. Saya menghadiri satu majlis reunion bersama rakan-rakan sekolah.Di majlis itu saya,

Menegur semua rakan-rakan yang saya kenali
Mengeluh dengan keadaan majlis yang terdapat kekurangan
Menolong serba sedikit persiapan akhir majlis bagi menambahkan kelancaran majlis
Mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan anda dengan hati terbuka
Memilih untuk berpakaian islamik agar keihatan lebih sopan di majlis itu.

3. Saya diminta untuk mengikuti suatu program dalam persatuan yang saya sertai.Saya akan,

Mengikuti program itu tanpa sebarang alasan
Menyatakan ketidakpuasan hati saya kerana program tersebut dijalankan pada masa yang tidak sesuai
Sukarela untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam program tersebut apabila diperlukan
Bercita-cita untuk menjadikan program tersebut mendatangkan kesan yang positif kepada semua peserta.
Bersedia dengan penuh semangat untuk menyertai program itu dan menerima apa sahaja kerja yang diberikan.

4. Rakan bilik saya sering membawa teman-temannya ke bilik saya dan membuat bising sehingga lewat malam.Reaksi saya,

Menunjukkan rasa tidak puas hati saya dengan memerli mereka.
Meminta nasihat dan pandangan daripada jaksa(Jawatankuasa Kebajikan Siswa-siswi)
Menasihati rakan saya supaya tidak berborak sehingga ke lewat malam
Berasa tidak kisah malah mengalu-alukan kedatangan mereka di lain masa.
Kadangkala saya turut serta bagi mengikuti aktiviti yang dilakukan oleh mereka.
5. Rakan saya mengadu tentang masalah kewangannya.Saya pun,
Meminjamkan rakan saya wang bagi meringankan bebannya.
Mendengar keluhan hatinya dengan perasaan terbuka.
Merungut apabila mendengar perkara tersebut dan berkata di dalam hati..’nak pinjam duit aku la tu…’
Berusaha mencari dana dari pelbagai pihak untuk cuba membantu beliau.
Mencadangkan kepada beliau supaya menjalankan satu perniagaan untuk menjana wang.
6. Rakan saya menegur tentang penampilan diri saya yang kurang memuaskan.Saya,
Berkecil hati terhadap teguran tersebut.
Berazam untuk mengubah penampilan agar lebih kemas.
Saya akan mendapatkan nasihat daripadanya dan rakan-rakan yang lain mengenai kesesuaian penampilan saya.
Menerima teguran tersebut dengan hati terbuka.
Senyum dan berterima kasih kepada rakan saya atas teguran itu.
7. Saya sering terlihat jiran saya mendera anaknya.Reaksi saya,
Menasihati jiran saya agar lebih sabar dalam melayan karenah anaknya.
Berbincang dengan ibu bapa saya sebelum membuat tindakan susulan.
Berasa risau dengan keadaan tersebut namun takut untuk bertindak.
Menelefon pihak berkuasa agar nasib anak itu lebih terbela.
Menurut sahaja apa yang dikatakan jiran lain supaya jangan masuk cmpur urusan keluarga tersebut.
8. Dalam suatu kumpulan pembentangan,apakah yang akan anda lakukan sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.
Berbincang dan meyenaraikan perkara-perkara penting yang harus dilakukan bersama ahli kumpulan yang lain.
Saya hanya akan melakukan tugasan yang telah diberikan kepada saya sahaja tanpa mengambil tahu keseluruhan pembentangan.
Saya akan berbincang bersama ahli kumpuan yang lain dengan menyusun atur gerak kerja supaya pembentangan jadi teratur.
Saya akan meonjolkan diri dalam pembentangan supaya menjadi orang harapan dalam tugasan yang diberi.
Saya akan menyediakan bahan pembentangan untuk diri saya sendiri supaya keihatan lebih yakin.
9. Saya mendapat berita dari kawan saya bahawa kekasih saya telah curang,reaksi saya adalah,
Kecewa dan terus memarahi kekasih saya.
Redha dan percaya bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya.
Meminta penjelasan kekasih saya mengenai hal tersebut.
Terus mempercayai berita tersebut tanpa usul periksa.
Mendapatkan kepastian dengan menanyakan perkara tersebut daripada kawan2 yg lain.
10. Antara yang berikut yang manakah rancangan pilihan anda untuk ditonton.
Drama korea.
Rancangan yang memperihalkan keagamaan.
Kartun dan animasi.
Rancangan yang memperihalkan isu semasa.
Rancangan berunsurkan motivasi.

Item Soalan Rakan Responden.

1). Nama rakan responden.

2. Rakan anda menghadiri satu majlis reunion bersama rakan-rakannya di sekolah,Di majlis itu,dia
Menegur rakan-rakan yang dikenalinya.
Mengeluh dengan majlis tersebut yang terdapat kekurangan.
Menolong serba sedikit persiapan akhir majlis bagi menambahkan kelancaran majlis.
Mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakannya dengan hati terbuka.
Memilih untuk perpakaian islamik agar kelihatan lebih sopan.
3. Rakan anda diminta untuk mengikuti program dalam persatuan yang dia sertai.Dia akan,
Mengikuti program itu tanpa sebarang alasan
Menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana program tersebut dijalankan pada masa yang tidak sesuai.
Sukarela untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam program tersebut apabila diperlukan.
Bercita-cita untuk menjadikan program tersebut mendatangkan kesan positif kepada semua peserta.
Bersedia dengan penuh semangat untuk menyertai program itu dan menerima apa-apa sahaja kerja yang diberikan.
4. Rakan bilik rakan anda sering membawa teman-temannya ke bilik rakan anda dan membuat bising sehingga lewat malam.Reaksi rakan anda,
Menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan memerli mereka.
Meminta nasihat dan pandangan daripada jaksa (Jawatankuasa Siswa Siswi).
Menasihati rakannya supaya tidak berborak sehingga ke lewat malam.
Berasa tidak kisah malah mengalu-alukan kedatangan meraka di lain masa.
Kadangkala dia turut serta bagi mengikuti aktiviti yang dilakukan oleh mereka.
5. Rakan kepada rakan anda mengadu tentang masalah kewangannya.Rakan anda pun,
Meminjamkannya wang bagi meringankan bebannya.
Mendengar keluhan rakannya dengan hati terbuka.
Merungut apabila mendengar perkara tersebut dan berkata di dalam hati..”nak pinjam duit aku la tu”.
Berusaha mencari dana dari pelbagai pihak untuk cuba membantu rakannya itu.
Mencadangkan kepada rakannya supaya menjalankan satu perniagaan untuk menjana wang.
6. Rakan kepada rakan anda menegur tentang penampilan dirinya yang kurang memuaskan.Rakan anda,
Berkecil hati terhadap teguran tersebut.
Berazam untuk mengubah penampilannya agar kelihatan lebih kemas.
Dia akan mendapatkan nasihat daripada rakannya itu dan rakan-rakan yang lain mengenai kesesuaian penampilannya.
Menerima teguran tersebut dengan hati terbuka.
Senyum dan berterima kasih kepada rakannya atas teguran itu.
7. Rakan anda sering terlihat jirannya mendera anaknya.Reaksinya,
Menasihati jirannya agar lebih sabar melayan kerenah anaknya.
Berbincang dengan ibu bapanya sebelum membuat tindakan susulan.
Berasa risau dengan keadaan tersebut namun takut untuk bertindak.
Menelefon pihak berkuasa agar nasib anak itu lebih terbela.
Menurut sahaja apa-apa yang dikatakan jiran lain supaya tidak masuk campur urusan keluarga tersebut.

8. Dalam suatu kumpulan pembentangan,apakah yang akan rakan anda lakukan sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.

Berbincang dan meyenaraikan perkara-perkara penting yang harus dilakukan bersama ahli kumpulan yang lain.
Dia hanya akan melakukan tugasan yang telah diberikan kepadanya sahaja tanpa mengambil tahu keseluruhan pembentangan.
Dia akan berbincang bersama ahli kumpulannya yang lain dengan menyusun atur gerak kerja supaya pembentangan jadi teratur.
Dia akan menonjolkan diri dalam pembentangannya supaya menjadi orang harapan dalam tugasan yang diberi.
Dia akan menyediakan bahan pembentangan untuk dirinya sendiri supaya keihatan lebih yakin.
9. Rakan anda mendapat berita dari kawannya bahawa kekasihnya telah curang,reaksi rakan anda adalah,
Kecewa dan terus memarahi kekasihnya.
Redha dan percaya bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya.
Meminta penjelasan kekasihnya mengenai hal tersebut.
Terus mempercayai berita tersebut tanpa usul periksa.
Mendapatkan kepastian dengan menanyakan perkara tersebut daripada kawan-kawannya yg lain.
10. Antara yang berikut yang manakah rancangan pilihan rakan anda untuk ditonton.
Drama korea.
Rancangan yang memperihalkan keagamaan.
Kartun dan animasi.
Rancangan yang memperihalkan isu semasa.
Rancangan berunsurkan motivasi.

Bab 5

Secara kesimpulannya, didapati bahawa walaupun terdapat perbezaan leksikal yang ketaran antara bahasa Jawa dan Bahasa Melayu Standard, namun terdapat juga persamaan yang dapat dilihat dari segi pembentukan ayat, leksikal yang sama dengan bahasa Melayu Standard, dan sebagainya.

Selain itu, kajian ini juga penting bagi meluaskan lagi kajian yang telah dibuat terhadap bahasa Jawa berdasarkan pelbagai disiplin linguistik yang ada. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi sedikit sumbangan terdapat kajian yang kan diperluaskan mengenai bahasa Jawa, yang sememangnya mempunyai bilangan penutur yang ramai di negara ini.

Kajian yang dilakukan ini diharap agar dapat memberi pendedahan serba sedikit mengenai aspek-aspek linguistik yang terdapat dalam bahasa Jawa dengan menjadikan bahasa Melayu Standard sebagai penanda aras. Selain itu, hasil dapatan kajian ini juga telah membuktikan bahawa bahasa Jawa merupakan salah satu bahasa yang unik di Malaysia dan perlu dipelihara. Oleh itu, kajian yang lebih banyak dan mendalam terhadap bahasa Jawa ini haruslah dijalankan bagi memelihara keunikan bahasa selain pelbagai dialek yang terdapat di Malaysia.

 

Matt on Not-WordPress

Stuff and things.

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Saidatul Nisa binti Mohd Saidin

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Welcome to Rieyda Faisal Blog

FARAHANA KAMARUDIN

APLIKASI kOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK