Category Archives: Pengenalan SKBL2113

Pengenalan SKBL2113

1.0       Sinopsis

Kursus ini merupakan pengenalan kepada penggunaan atau aplikasi komputer dalam linguistik dan kajian bahasa. Fokus dan kandungan kursus memperihalkan bagaimana komputer dapat digunakan dalam kajian linguistik dan juga kajian kemanusiaan berdasarkan teks. Pelbagai perisian untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kerja dan analisa, serta melakukan analisa data bahasa yang banyak (yang mungkin sukar atau lambat) dilaksanakan tanpa penggunaan komputer akan dibincangkan. Pelajar didedahkan cara komputer digunakan untuk analisis pertuturan.

Di akhir kursus, pelajar mampu :

  1. Mengenalpasti dan menggunakan perisian yang diperkenalkan untuk melakukan analisis persoalan linguistik yang diberikan.
  1. Membincangkan dan menilai kelemahan dan kekuatan perisian yang telah diperkenalkan untuk tujuan analisis linguistik.
  1. Menyiasat dan menghuraikan persoalan linguistik dengan menggunakan perisian

2.0       Penilaian

Item

Peratus/Percentage

  1. Tugasan

30

  1. Projek

40

  1. Peperiksaan Akhir Semester

30

Jumlah                100

Bahasa Jawa Batu Pahat, Johor: Satu Kajian Aspek Bahasa.

Kajian ini adalah mengenai kajian yang mengkaji lima aspek bahasa yang meliputi bidang-bidang yang terdapat dalam linguistik iaitu bidang fonologi iaitu bidang yang mengkaji bahasa, morfologi yang merupakan bidang yang mengkaji pembentukan kata, sintaksis iaitu bidang yang mengkaji pembentukan ayat,bidang semantik yang perkaji mengenai aspek makna seterusnya bidang pragmatik yang mana melihat kesesuaian sesuatu bahasa digunakan dalam sesuatu keadaan. Oleh hal yang sedemikian, pengkaji telah memilih Bahasa Jawa sebagai bahasa yang akan dikaji dan bahasa standard merupakan penanda aras dalam membuat kajian ini. Responden yang dipilih untuk menjayakan kajian ini merupakan seorang pelajar UKM sendiri yang mana Bahasa Jawa merupakan bahasa pertuturannya di rumah dan telah tinggal di kawsan kajian lebih daripada sepuluh tahun.

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Saidatul Nisa binti Mohd Saidin

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Welcome to Rieyda Faisal Blog

FARAHANA KAMARUDIN

APLIKASI kOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

NOR AMIRAH BINTI ROSMAN

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK