Category Archives: Berhemah

Berhemah Tinggi

Dapatan Kajian Responden 2.01

Situasi

Kejayaan Diri Diukur Pada Sejauh Mana Pengetahuan itu Berjaya Menjadi Amal.Bagaimana Bertambahnya Pengetahuan,Menambah Amal Di Jalan Kebaikan.Pertambahan Amal Itu Menjadikan Kita lebih Baik Berbanding Semalam..”Selamat Beramal..(^_^)

Ulasan

Berdasarkan frasa responden itu iaitu ‘Pertambahan Amal Itu Menjadikan Kita lebih Baik Berbanding Semalam..” ‘,saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berhemah tinggi kerana sikapnya yang merasakan pertambahan perbuatan baik menjadikan seseorang lebih  baik dari semasa ke semasa .

____________________________________________________________________________________

Dapatan Kajian Responden 2.02

Situasi 

Baru tersedar diriku..rupe2 rupenya sudah tamat pengajian ku…kini berazam untuk menyambung diperingkat seterusnya..amin..Insya’allah..(^_^)..

Ulasan

Berdasarkan frasa responden itu iaitu ‘berazam untuk menyambung diperingkat seterusnya..’saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berhemah tinggi kerana dia mempunyai keazaman untuk menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi.

____________________________________________________________________________________

Dapatan Kajian Responden 2.03

Situasi

“Tertumpah air panas di tangan sudah merasa pedihnya, apatah lagi telan dan minum air yang tengah mendidih.”
“Allah Didahulukan, Rasulullah SAW Diutamakan.”

Ulasan

Berdasarkan frasa responden itu iaitu ‘”Allah Didahulukan, Rasulullah SAW Diutamakan.” ‘saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berhemah tinggi kerana berdasarkan status updatesnya kita dapat lihat bahawa responden ini sentiasa mendahulukan Allah dalam apa-apa perkara dan ini adalah ciri-ciri seseorang yang berhemah tinggi.

_____________________________________________________________________________________

Dapatan Kajian Responden 2.04

Situasi

“Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu… ♥♥♥

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah oyap ..

Ulasan

Berdasarkan frasa responden itu iaitu ‘”Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu ‘saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berhemah tinggi kerana dia mengingatkan rakan facebooknya yang lain supaya berbuat baik kepada ibu bapa iaitu dengan cara menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka pada setiap pagi.

______________________________________________________________________________________

Dapatan Kajian Responden 2.05

Situasi

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN…(^_^)

Ulasan

Berdasarkan frasa responden itu iaitu ‘Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN…(^_^) ‘saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berhemah tinggi kerana dia sedar bahawa apa-apa yang dimilikinya sekarang adalah pemberian daripada Allah.

______________________________________________________________________________________

Dapatan Kajian Responden 2.06

Situasi

‎”MAHASISWA BERKUALITI ASPIRASI NEGARA PEMANGKIN UMMAH”

Ulasan

Berdasarkan frasa responden itu iaitu ‘‎”MAHASISWA BERKUALITI ASPIRASI NEGARA PEMANGKIN UMMAH” ‘saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berhemah tinggi kerana baginya mahasiswa yang berkualiti adalah amat penting dan sudah tentu dia juga akan berusaha untuk ke arah itu.

______________________________________________________________________________________

Dapatan Kajian Responden 2.07

Situasi

lelaki pon manusia biase… jika tersalah dari kata & soal hati. .maafkan kami..kami cuba baiki diri :-)..Maafkan kami…;)

Ulasan

Berdasarkan frasa responden itu iaitu ‘cuba baiki diri’ saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berhemah tinggi kerana kita dapat lihat daripada status updatesnya bahawa dia cuba untuk memperbaiki kelemahan diri dan ini merupakan sifat-sifat manusia yang berpesonaliti berhemah tinggi.

______________________________________________________________________________________

Dapatan Kajian Responden 2.08

Stuasi

Belajarlah untuk mendoakan orang lain walaupun kita tidak diminta untuk melakukannya. Semoga Allah permudahkan dan perlembutkan hati ini untuk melakukan kebaikan. :’)

Ulasan

Berdasarkan frasa responden itu iaitu ‘Belajarlah untuk mendoakan orang lain’  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berhemah tinggi kerana dia mempunyai sifat yang mulia iaitu sentiasa mendoakan orang lain.

______________________________________________________________________________________

Dapatan Kajian Responden 2.09

Situasi

Alangkah indahnya jikalau suara yang lunak itu digunakan untuk mengalunkan ayat-ayat suci AL-QURAN ♥

Ulasan

Berdasarkan frasa responden itu iaitu ‘suara yang lunak itu digunakan untuk mengalunkan ayat-ayat suci AL-QURAN ♥’ saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berhemah tinggi kerana dia menyedarkan rakan-rakan facebookya supaya membaca Al-Quran.

______________________________________________________________________________________

Dapatan Kajian Responden 2.10

Situasi

Setiap Malam Bertemankan Air Mata, Ya ALLAH.. Ujian Mu Umpama Penyembuh Dosaku :’)…Ampunkan Segala Dosa2 hamBaMU d DuNiA Ini 😉

Ulasan

Berdasarkan frasa responden itu iaitu  ‘Ujian Mu Umpama Penyembuh Dosaku’  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti berhemah tinggi kerana melalui status updatesnya kita dapat lihat bahawa responden ini menerima dugaan yang diterima dengan mengganggapnya sebagai penghapus dosa.

RUMUSAN:Berdasarkan kebanyakan poting responden yang saya dapati menerusi di laman sosial facebooknya,saya telah bertanggapan bahawa resonden ini mempunyai personalti berhemah tinggi kerana status laman sosalnya banyak yang mengatakan mengenai nasihat-nasihat keagamaan,dan beberapa unsur yang menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang berhemah tinggi.

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Saidatul Nisa binti Mohd Saidin

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

Welcome to Rieyda Faisal Blog

FARAHANA KAMARUDIN

APLIKASI kOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK

NOR AMIRAH BINTI ROSMAN

APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK